Final Quantity

1. Final Quantity ialah kuantiti bagi setiap item dalam BQ yang perlu dimuktamadkan sekiranya projek siap atau berlakunya penamatan kontrak. Terdapat berbagai masalah yang kadangkala timbul di antara pihak seperti wakil client, perunding, kontraktor dll semasa penyediaan Final Quantity ini. Di antaranya ialah back up dokumen yang tidak lengkap, terlebih atau terkurang bayar, Joint Measurement ataupun Survey tidak dilakukan dengan tepat atau betul, tuntutan yang bertindih, kerja yang dibuat tanpa pengawasan dan sebagainya.

2. Mengapa masalah-masalah yang disebut di atas kerap berlaku dalam pasukan pembinaan(baik kontraktor, wakil client dan perunding)? Daripada pemerhatian dan pengalaman, di antara punca-puncanya ialah kurangnya semangat berpasukan ynag baik di dalam organisasi dalaman mahupun di luar, kurang pengalaman tetapi malu bertanya ataupun ego, attitude yang tidak baik, tiada kejujuran, ketua yang lemah di mana tidak mampu menangani organisasi di bawah kendaliannya, tidak tegas, malas, suka mengelak, tidak faham berkenaan sistem dan prosedur yang telah sediada dan sebagainya yang boleh menyumbang berlakunya kepincangan kemudian hari terutamanya berkaitan perkara yang dibincangkan di atas.

3. Bagaiman kita sebagai salah seorang dari pasukan projek ingin mengatasi masalah ini, jangan hanya pandai bercakap je tetapi masalahnya tetap sama....................................

No comments: