PRE BORE

Pre bore merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam kerja cerucuk, di mana pre bore dilakukan dahulu contohnya sedalam 15m, kemudian diikuti kerja penanaman cerucuk (spun pile). Ia biasa digunakan di mana kawasan tersebut iaitu pada kedalaman 15m terdapat boulder atauun batuan keras (refer SI).

Sebelum kerja pre bore di mulakan pihak kontraktor perlu menghantar method statement kepada client untuk semakan dan pengesahan. Selepas itu barulah kerja boleh dimulakan. Ini adalah untuk mengelakkan daripada kesilapan pihak kontraktor melakukan kerja dan memastikan prosedur dan spesifikasi dipatuhi.

Pre bore tidak boleh dilakukan terhadap keseluruhan point sekaligus.Ianya perlu di pre bore dahulu untuk point yang pertama dan diikuti oleh pile driving dan diikuti point yang seterusnya. Ini adalah perlu untuk mengelakkan lubang ynag di pre bore itu mengalami hakisan dan menyebabkan penusukan cerucuk tidak mencapai pada kedalaman yang sepatutnya ( contohnya set pada kedalaman lingkunagn 15m iaitu pada kedalaman pre bore). Walaubagaimanapun kaedah ini perlu di semak dahulu dari segi adakah praktikal dari segi penggunaan machinery atau perlukah membuat arrangement terhadap kedudukan point atau ada kaedah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan hakisan dalam lubang pre bore yang menyebabkan pile set pada kedalaman pre bore).

No comments: