Showing posts with label PROJECT. Show all posts
Showing posts with label PROJECT. Show all posts

JAMBATAN

1. Berbagai perkara perlu diambil tahu semasa kita menyelia kerja-kerja pembinaan jambatan. Di sini saya akan menerangkan serba sedikit perkara basic yang perlu diketahui.

2. Perkara pertama yang perlu dibuat ialah setting out of piling point. Ini perlu dibuat dengan tepat, kerana sekiranya berlakunya kesilapan ia akan memberi kesan di antaranya kepada kedudukan pile cap, kedudukan abt wall di mana jarak antara abt A dan B mungkin terpendek atau terpanjang dan mengakibatkan beam tidak dapat di launch. Sekiranya kedudukan jambatan skew, lebih perhatian perlu di berikan.

3.Terdapat kes yang berlaku di mana setelah ballast wall disiapkan, didapati bucu beam terkena bahagian ballast wall (jambatan skew).Untuk mengelakkan kes ini berlaku, setiap peringkat pembinaan seperti pile cap, abt wall dan ballast wall perlu disemak kedudukannya sebelum dibina.

4. Di sini saya ingin berkongsi satu kes di mana kerja piling telah dibuat dan didapati beam mungkin tidak boleh dipasang sekiranya mengambil kira kedudukan piling yang telah dibuat. Oleh itu langkah yang boleh dibuat untuk memastikan beam boleh dipasang ialah meninggikan kedudukan salah satu pile cap ataupun melakukan perubahan terhadap kedudukan ballast wall.

5. Terdapat beberapa jenis cerucuk yang digunakan dalam pembinaan jambatan. Di antaranya ialah spun pile dan bore pile. Untuk kerja-kerja spun pile terdapat beberapa perkara yang perlu diawasi semasa kerja-kerja piling dijalankan. Contohnya seperti point, verticality (not more 75mm), jointing, kalau ada banyak pile, kedudukan mana yang perlu di drive dulu dsb.

6. Jenis-jenis ujian cerucuk yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas. Test drive, nak tahu roughly tentang kedalaman pile dan jenis kombinasi pile yang akan digunakan. Load test, twice working load. PDA test.......

NOTA KONTRAK



Banyak terma-terma di dalam Pengurusan Kontrak projek kerajaan/JKR yang kurang difahami oleh kita semua... Bagaimana tatacara permohonan, prosidur, mengisi borang, proses kelulusan, bila masa nak guna dan lain-lain lagi???...

Sebagai contoh :

APP - Arahan Pegawai Penguasa

KPK - Kelulusan Perubahan Kerja

APK - Arahan Perubahan Kerja

PHK - Pelarasan Harga Kontrak VO+-
KKS - Kelulusan Kuantiti Sementara

WPS - Wang Peruntukan Sementara (Provisional Sum)

WKP - Wang Kos PrimaVOP - Variation of Price (Turun Naik Harga)

PDA - Preliminary Detailed Abstract

ATDA - As Tender Detailed Abstract
ACDA - As Complete Detail Abstract
Apa dia Perubahan, Tuntutan, Kesilapan Senarai Kuantiti...???dan banyakkkkk.......... lagi...........Kena buat kursus ni....


Contoh pengiraan % delay of every scope of works

Drainage :
Rancang - RM 230000 Sebenar - 100000

Therefore % Delay = 100% - (sebenar/rancang X 100)
= 100% - (100000/230000) X 100)
= -56.52% delay equal to ......days

Projek Sakit

Projek sakit di definasikan sebagai projek yang mengalami kelewatan sebanyak 20% atau 2 bulan. Oleh itu laporan menyelamat projek sakit perlu dibuat.

Sekiranya kelewatan melebihi 60 hari, notis penamatan kontraktor akan dikeluarkan. Pasukan pengawas juga perlu menyediakan laporan prestasi dan kemungkiran kontraktor untuk disyorkan kepada Pengarah Pembinaan.

Sekiranya kelewatan telah melebihi 90 hari, notis tujuan penamatan akan dikeluarkan dan selepas 2 minggu sekiranya tiada kemjuan notis penamatan akan dikeluarkan.

Nota :

Perkara di atas adalah berdasarkan pemahaman secara umum.