Projek JAN

ATDA Asall/Lulus-cara manage financial project . Kos siling very important. If ada pertambahan/pengurangan kena decide item mana yg akan kawal kenaikan atau saving. Dimana pertambahan kos disebabkan vo atau eot.
- Nak decide tambahan tempoh supervision by perunding semasa dlp tengok nilai atau percentage provisional qty . Kalau fix quantity tak da isu. Projek jalan biasanya semua provisional qty. tengok kerja apa yg nak di supervise biasanya list of defect dan finalise the qty.
- Bilangan NCR indicator kepada peformance pada perunding atau supervision team.
- Siling kontrak atau perunding perlu kelulusan JPP untuk perunding atau pegawai pengawal.
- Kelulusan bilangan hari EOT kena buat melalui CPM .
- Buat revise ATDA jika ada perubahan sekiranya dah ada buat bayaran.
- Jgn kacau gst dalam atda utk cover cost project perlu kelulusan pegawai pengawal.


HIT RATIO

Bagi yang berada dalam bidang construction or planning,mesti familiar dengan HIT RATIO ni kan??

Apa sebenarnya Hit Ratio ni??

Ini semua Pendapat ida yer..kalau korang ada pendapat lain..boleh jer sharing2 hokayyy??
Sebab pernah dulu sembang2 dengan bos,dia cakap Hit ratio ni,task yang kita hit dan sudah siap kt site..

tapi pendapat ida macam ni...

 Hit Ratio tu based on numbers of items started that month vs items supposed to start that month
Maksudnya item yang kita dah buat la .



Ada ke kes camni??

Contohnya hit ratio 25/30 so project should be delay lah? Tapi our project still ahead..
Tiada kaitan dengan ahead or delay project sebenarnya yer..

 Sebab Hit Ratio ni cuma nak check adakah Task yang kita programkan tu kita start ke tidak.

Dan dia based on monthly je
N base on cost jgk kn?
Tak ada kena mengena ngan cost
Cuma Actual Task Start vs Planned Task Start
Ini cuma JKR project je yang implement.
Probability of Project to Complete on Time tu dah dapat?
Sbb masa audit aritu..diorang tny kenapa hit ratio 25/30 tp project ahead?


Hihi
Senang je. Task yang kita programkan tu weightage dia tak semestinya sama value semua. Lay ACBC ngan Lay ACWC pun tak sama harga. Belum cakap lay Cruser Run ngan lay Wet Mix lagi
Ok.saya rasa sy paham dh...sbb program yg i buat tu berdasarkan money bukan duration. Jadi mungkin yg dah hit tu semua yg money nya besar besar...yg belum hit tu cost sikit.betul tak cmtu?
Memang pun Progress based on Money Value for JKR Project
Don't be mistaken by this Hit Ratio

Hit means Task tu dah start je. Value still depends on Claim kita bulan2. Kalau hit pun tapi kerja dia tak banyak value dalam bentuk Wang, Progress kurang jugak. Tapi kalau kita Hit satu Task yang Value dia tinggi, Progress pun bagus la.
Itu yang Planner kena Alert Operation Team akan Task2 yang value dia tinggi. Kalau dalam Earthworks Excavate USM dan Backfill Sand lagi tinggi Value dari Cut and Fill. Pasal tu Kena buat USM cepat2 dan dapatkan  Backfill Sand banyak2. Value dia tinggi dan Progress lagi bagus
Ok. Cukup dah lecture hari ni kot?

MACAM2

Visi JKR

Perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan - bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan perkhidmatan kejuruteraan - pembangunan infrastruktur negara melalui modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini.


Misi JKR



  • Membantu pelanggan dalam menyampaikan hasil polisi dan perkhidmatan melalui kerjasama rakan kongsi strategik
  • Pemiawaian proses-proses dan sistem demi penyampaian hasil yang konsisten
  • Menyediakan pengurusan aset dan projek yang berkesan dan inovatif
  • Memperkasa kompetensi kejuruteraan sedia ada
  • Membangunkan modal insan dan kompetensi-kompetensi baru
  • Berpegang teguh kepada integriti dalam menyampaikan perkhidmatan
  • Membina hubungan yang harmoni dengan komuniti
  • Memelihara persekitaran di dalam penyampaian perkhidmatan
Objektif 

Sebagai Perunding Utama kepada Kerajaan Malaysia, objektif Jabatan Kerja Raya adalah untuk:
"Menyerahkan produk dan melaksanakan perkhidmatan penyenggaraan yang menepati masa, kualiti dan kos yang ditetapkan bagi mencapai faedah aset yang optimum".
Pelan Startegik JKR 2016 - 2020
Tema 1 - Penyampaian Projek - kecemerlangan perlaksanaan projek
Tema 2 - Ko Kreatif bersama Pelanggan - pelanggan puas hati
Tema 3 - Pusat Kecemerlangan Teknikal (CREaTE) - rujukan
Tema 4 - Kelestarian 
Tema 5 - Organisasi yang berinovatif (CREaTE) - solusi inovatif dalam mencapai visi dan 
               misi JKR

Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR

- Lulus tahun 2018

Innovation Framework - 5 Fasa

Fasa 1 - Creation Phase - penghasilan projek melalui program KIK dan hasil research.
Fasa 2 - Development Phase - berkaitan funding dan pembangunan produk
Fasa 3 - Protection Phase - Pengurusan Harta Intelek (Paten, Copyright, trademark,
              Industrial Design
Fasa 4 - Verification Phase - Pengiktirafan produk melalui pertandingan inovasi
Fasa 5 - Komersial - Adaptasi dalam jabatan atau digunapakai dalam industri.





SOALAN CEPU EMAS 2

1. Atas sebab apa kamu ke sana. (sebabnya dalam senarai semak terdapat perkara yang tidak ikut syarat tapi dalam ruang ulasan yang diberi tiada halangan pulak - pelik???).
2. Ada berapa kes kamu nak kesana. Satu je. Kalau satu lebih baik tak payah pergi. Moral of the story semak betul-betul dulu tujuan ke sana untuk apa kes dan kumpulkan dulu kes-kes terdahulu yang sama dan berkaitan. hahahaha......................

Pembangunan Tepi Jalan-Jalan Persekutuan

1. Nak bina struktur atau bangunan dalam rezab jalan - tak boleh tapi kalau space banyak lagi boleh apply melalui jkptg. Get approval frm jkptg . Rujuk kanun tanah negara. And then get a comment frm kkr through agensi pelaksana for access keluar masuk.
2. Nak bina struktur atau bangunan (sementara) untuk perniagaan di tepi jalan (luar rezab jalan) - a)Semak dengan pejabat tanah status tanah atau kedudukan tanah samada tanah milik persendirian atau tanah kerajaan. b)Kalau tanah kerajaan mohon dengan jkptg daerah tanah TOL kelayakan menduduki sementara. c)JKPTG lulus, mohon dengan Pengarah Negeri untuk kelulusan akses keluar masuk (40m rezab jalan, 12/15m service road, 6m anjakan bangunan)d)Kalau tanah sendiri boleh terus ke perkara (c).
3. Boleh rujuk untuk detail a)ATJ 3/2011 Garis Panduan Permohonan Pembangunan Tepi Jalan.b)Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta 333 Seksyen 85.
4. Kalau untuk develope tanah sendiri boleh rujuk perkara 2(c) di atas.

Soalan Cepu Emas

Dari sudut apa kamu membuat ulasan berkaitan perkara ini....politik, kewangan, teknikal (perlu merujuk garis panduan), semasa dan sebagainya..... Apa maklumat yang kamu jangka nak bagi kat saya berkaitan sesuatu kerja tersebut, supaya saya faham... lokasi,skop kerja,lukisan, garis panduan dsb

Gua Sambung Belajar Lagi

Gua nak bagi tau sikit....sekarang ni gua dah upgrade sikit gua punya education.La ni gua tengah bikin master of highway and transportation engineering kat upm hahaha..... Tapi gua buat man-man je. Every semester gua ambil lebih kurang 6 ke 9 credit hour. Paling awal gua boleh completepun maybe 2 tahun setengah kot....Itupun kalau tak kantoilah hehehe.....Gua ambik ini coursepun sebab mau kasi tambah gua punya ilmu yang tak seberapa ni...Tapi kadang2 pening gak gua punya kepala layan master ni. Insyaallah, moga gua dapat habiskan gua punya study ni dengan jaya nya...amin...

mySPATA

mySPATA, Sistem pengurusan aset tak alih yang dibangunkan oleh mampu dan jkr.Terdapat 2 kategori data yang dimasukkan iaitu daftar premis aset (dpa) dan daftar aset khusus(dak).
DPA ialah maklumat berkaitan jalan spt nama jalan,laluan,panjang jalan,seksyen.DAK ialah makalumat berkaitan perabot jalan,longkang,culvert dsbnya.

Terdapat 3 peringkat daftar myspata. 1. DPA peringkat ibupejabat berdadarkan daftar jalan berdasarkan warta jalan.2.DPA peringkat negeri daftar seksyen jalan ikut daerah,kpps buat sah by zon.DAK daerah masukkan maklumat aset. sah by JD.

ROAD SAFETY AUDIT AND TRAFFIC MANAGEMENT

Hari ni nak menambahkan aku punya nota pasal RSA bagi Traffic Management atau dalam bahasa melayu nya Pengurusan Lalulintas.(mengikut kefahaman aku secara amnya)
Traffic Management is very important in highway construction and maintenance. The main objective of TM is to inform and guide including safety to the users. The situations when we apply a TM are:- a)there is a development at both side of the road (work permit and TMP must be approved by district office) b)maintenance works inprogress c)may be have some obstruction at the road d)Temporary Traffic Diversion e)overhead bridge under construction and etc. And for the info all the traffic diversion route must be gazzeted before open to traffic.

There are 4 stages in Road Safety Audit :

Stage 1 - Planning and feasibilty
Stage 2 - Preliminary design stage
Stage 3 - Detailed design stage
Stage 4 - Construction stage - Part 1, Part 2, Part 3 (Traffic Management)
stage 5 - Operational


Stage 4 - Part 1 - Construction stage
- part 2 - Construction done / traffic mangagement implementation
- Part 3 - Pre Opening (completed project will be audited before open to
user). Part 3 to be carried out before Certificate of
Completion and Compliance (CCC) dikeluarkan.

Aku rasa macam merapu je.....sapa yang boleh betulkan tolong betulkan ye.......

TRANSFER TO KL

Alhamdulillah.....at last aku dapat pindah ke KL. New scope of works.......but still relate to road. More to maintenance....layan je, janji balik KL hahaha. Pada masa yang sama,aku sambung master kat UPM. Sekarang tengah sedikit pening dengan keje baru dan study. Mudah-mudahan diberkati Allah s.w.t.

PATCH REPAIR PADA STRUKTUR

Nak kongsi sikit pasal patch repair pada struktur konkrit. Dalam kita membina sesuatu struktur itu, kadangkalanya berlakunya defects atau kerosakan pada struktur tersebut (kerosakan yang tidak melibatkan kegagalan pada struktur). Antara defects yang biasa berlaku ialah honeycomb, crack, buldging, rough surface dan sebagainya. Apabila berlakunya kerosakan2 tersebut perlulah kita membaikpulihnya.

Langkah-langkah nak repair adalah seperti berikut :

a. kenal pasti defects dan tahap kerosakannya.
b. bahan apa yang boleh digunakan untuk membaikpulih defects tersebut. Kat sini boleh rujuk SIKA, FOSROC dan sebagainya. Macam2 ada.Cuma perlu tanya diorang je bahan apa yang sesuai. Check strength bahan tersebut dan ujian yang perlu dilakukan. Biasanya supplier ada sediakan. Kaedah kerjanya juga biasanya akan diterangkan oleh pihak supplier. Cuma kita perlu semak dengan spec kita. (hantar kelulusan bahan)
c. Dah kenal pasti bahan....surface preparation. Contohnya hack kawasan defects tersebut mengikut area yang sesuai(ditentukan ditapak dan mengikut jenis dan tahap kerosakan). Kasi bersih kawasan yang dah hack tersebut, air blow atau water jet.
d. Apply Bonding agen.
e. Patch dengan bahan tersebut seperti epoxy. Kalau area kecil patch macam biasa, kalau area luas boleh guna pressure grout.(buat formwork dulu)
f. Siap.

CERITA

Hampir 5 bulan tak update apa-apa....dan selama tempoh itu jugalah hingga sekarang ini aku masih melayan projek highway yang masih sedang berjalan ni. Macam-macam ada, lagi-lagi menyiapkan baki kerja yang tak siap, perggh....letih siot....Bukan letih apapun, tapi letih melayan macam2 karenah dan perangai orang. Lagi satu pulak setiap minggu aku kena ulang-alik dari tempat keja ke rumah aku yang hampir 350 km jaraknya. Bukan apa bro, keje-keje jugak, tanggungjawap pada family kena pikir jugak. Gua layan je bro....nak buat macam mana lagi..Layan-layan pun aku kena usaha dan perjuangkan jugak untuk diri aku. Setakat ni dah ada beberapa tindakan yang aku dah buat. Mudah-mudahan diberkati Allah s.w.t.

PROJEK DAH START KEMBALI

Nak merapu sikit pasal benda yang nak dibuat apabila projek bermula. Macam-macam nak buat ni..........(LA dah keluar).

Sebelum tu kena tau Surat Setuju Terima, Surat Perwakilan Kuasa, Harta Pelanggan (KKR pelanggan)-kena buat verikasi harga pelanggan (borang SPK), Calibration, Mock Up,

Sediakan Q Plan - benda ni buat masa peringkat perancangan projek, iaitu sebelum proses tender dimulakan. Berkait rapat dengan D Plan. Q Plan kena sahkan dulu .....sebelum perkara-perkara berkaitan perolehan boleh di update (QS punya part).

C Plan - Disediakan pada peringkat pembinaan. Dalam ni ada macam2 antaranya jkr and kontraktor organisation chart, method statement, plan kualiti pembinaan, tanggungjawap kontraktor, ujian (benda ni kena guna spk punya senarai semak ikut skop kerja), CPM, dan sebagainya......boleh refer kat SPK.

EMP - kena prepare by EO.ISO 14000

Safety and health report, traffic report, kualiti report, progress report, environmental report.

Mesyuarat Pra Pembinaan - kena buat sebelum tarikh milik tapak. Sediakan slide pesentation. Yang hadir termasuklah jabatan2 kerajaan yang terlibat secara langsung seperti Pejabat Tanah, KKR, JAS, JPS dan lain2.

CPM - kontraktor (Planner) kena bentangkan masa pra pembinaan dan perlu di sahkan. Planner full time kat tapak) Quality Assurance Plan - Kontraktor kena prepare benda ni......ada dalam BQ.

Go trough item preliminaries dalam BQ follow up benda2 yang kontraktor kena provide..opis, staff , kenderaan dsb. Kena buat inventory senarai penerimaan barang. Dan memo serahan kepada berkenaan.

5 staff utama (PM, EO, SO, QAQC, Planner) kontraktor kena bagi CV dan requirement kena iku spec.

Site Dairy - kena isi tiap2 hari (resources and activity)

Bukak File

Survey - Kontraktor kena dapatkan TBM , nak dapat TBM kena fly dari batu sempadan. ROW data kena bagi information kat kontraktor. Benda ni daripada plan pengambilan balik tanah ada tunjuk bearing dia. Semua data ni perlu disahkan oleh licence surveyor. Kena buat Joint Pre-Com Survey., to get existing ground level (biasa buat lepas stripping top soil). Kontraktor kena submit mass haul diagram. Kalau projek retender..semua data survey perlu semak dengan alignment and existing structure kat site.

Safety and health report, traffic report, kualiti report, progress report, environmental report, project status report.

PRE COM LEVEL

Dicadangkan pre-com level di ambil selepas kerja-kerja stripping top soil siap dilakukan. Ini bagi mengelakkan berlakunya percanggahan dalam pengiraan kuantititi cut and fill pada masa akan datang.

ROAD LINE MARKING



Nak cerita sikit pasal Road Line Marking. Bila nak start buat RLM ni pastikan kita check construction drawing tu betul-betul. Terutamanya saiz dan jenis RLM serta dimension bagi setiap lorong. Pastikan betul-betul di mana kedukan RLM tersebut. Contohnya ialah di mana ukuran lebar jalan yang kita nak ambil sama daripada tepi RLM atau tengah2 RLM. Bukan apa ...kalau tak semak betul-betul nanti kita akan dapati apasal lorong jalan aku ni nampak sempit pula.....