PATCH REPAIR PADA STRUKTUR

Nak kongsi sikit pasal patch repair pada struktur konkrit. Dalam kita membina sesuatu struktur itu, kadangkalanya berlakunya defects atau kerosakan pada struktur tersebut (kerosakan yang tidak melibatkan kegagalan pada struktur). Antara defects yang biasa berlaku ialah honeycomb, crack, buldging, rough surface dan sebagainya. Apabila berlakunya kerosakan2 tersebut perlulah kita membaikpulihnya.

Langkah-langkah nak repair adalah seperti berikut :

a. kenal pasti defects dan tahap kerosakannya.
b. bahan apa yang boleh digunakan untuk membaikpulih defects tersebut. Kat sini boleh rujuk SIKA, FOSROC dan sebagainya. Macam2 ada.Cuma perlu tanya diorang je bahan apa yang sesuai. Check strength bahan tersebut dan ujian yang perlu dilakukan. Biasanya supplier ada sediakan. Kaedah kerjanya juga biasanya akan diterangkan oleh pihak supplier. Cuma kita perlu semak dengan spec kita. (hantar kelulusan bahan)
c. Dah kenal pasti bahan....surface preparation. Contohnya hack kawasan defects tersebut mengikut area yang sesuai(ditentukan ditapak dan mengikut jenis dan tahap kerosakan). Kasi bersih kawasan yang dah hack tersebut, air blow atau water jet.
d. Apply Bonding agen.
e. Patch dengan bahan tersebut seperti epoxy. Kalau area kecil patch macam biasa, kalau area luas boleh guna pressure grout.(buat formwork dulu)
f. Siap.

CERITA

Hampir 5 bulan tak update apa-apa....dan selama tempoh itu jugalah hingga sekarang ini aku masih melayan projek highway yang masih sedang berjalan ni. Macam-macam ada, lagi-lagi menyiapkan baki kerja yang tak siap, perggh....letih siot....Bukan letih apapun, tapi letih melayan macam2 karenah dan perangai orang. Lagi satu pulak setiap minggu aku kena ulang-alik dari tempat keja ke rumah aku yang hampir 350 km jaraknya. Bukan apa bro, keje-keje jugak, tanggungjawap pada family kena pikir jugak. Gua layan je bro....nak buat macam mana lagi..Layan-layan pun aku kena usaha dan perjuangkan jugak untuk diri aku. Setakat ni dah ada beberapa tindakan yang aku dah buat. Mudah-mudahan diberkati Allah s.w.t.