JAMBATAN

1. Berbagai perkara perlu diambil tahu semasa kita menyelia kerja-kerja pembinaan jambatan. Di sini saya akan menerangkan serba sedikit perkara basic yang perlu diketahui.

2. Perkara pertama yang perlu dibuat ialah setting out of piling point. Ini perlu dibuat dengan tepat, kerana sekiranya berlakunya kesilapan ia akan memberi kesan di antaranya kepada kedudukan pile cap, kedudukan abt wall di mana jarak antara abt A dan B mungkin terpendek atau terpanjang dan mengakibatkan beam tidak dapat di launch. Sekiranya kedudukan jambatan skew, lebih perhatian perlu di berikan.

3.Terdapat kes yang berlaku di mana setelah ballast wall disiapkan, didapati bucu beam terkena bahagian ballast wall (jambatan skew).Untuk mengelakkan kes ini berlaku, setiap peringkat pembinaan seperti pile cap, abt wall dan ballast wall perlu disemak kedudukannya sebelum dibina.

4. Di sini saya ingin berkongsi satu kes di mana kerja piling telah dibuat dan didapati beam mungkin tidak boleh dipasang sekiranya mengambil kira kedudukan piling yang telah dibuat. Oleh itu langkah yang boleh dibuat untuk memastikan beam boleh dipasang ialah meninggikan kedudukan salah satu pile cap ataupun melakukan perubahan terhadap kedudukan ballast wall.

5. Terdapat beberapa jenis cerucuk yang digunakan dalam pembinaan jambatan. Di antaranya ialah spun pile dan bore pile. Untuk kerja-kerja spun pile terdapat beberapa perkara yang perlu diawasi semasa kerja-kerja piling dijalankan. Contohnya seperti point, verticality (not more 75mm), jointing, kalau ada banyak pile, kedudukan mana yang perlu di drive dulu dsb.

6. Jenis-jenis ujian cerucuk yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas. Test drive, nak tahu roughly tentang kedalaman pile dan jenis kombinasi pile yang akan digunakan. Load test, twice working load. PDA test.......

NOTA KONTRAK



Banyak terma-terma di dalam Pengurusan Kontrak projek kerajaan/JKR yang kurang difahami oleh kita semua... Bagaimana tatacara permohonan, prosidur, mengisi borang, proses kelulusan, bila masa nak guna dan lain-lain lagi???...

Sebagai contoh :

APP - Arahan Pegawai Penguasa

KPK - Kelulusan Perubahan Kerja

APK - Arahan Perubahan Kerja

PHK - Pelarasan Harga Kontrak VO+-
KKS - Kelulusan Kuantiti Sementara

WPS - Wang Peruntukan Sementara (Provisional Sum)

WKP - Wang Kos PrimaVOP - Variation of Price (Turun Naik Harga)

PDA - Preliminary Detailed Abstract

ATDA - As Tender Detailed Abstract
ACDA - As Complete Detail Abstract
Apa dia Perubahan, Tuntutan, Kesilapan Senarai Kuantiti...???dan banyakkkkk.......... lagi...........Kena buat kursus ni....


Contoh pengiraan % delay of every scope of works

Drainage :
Rancang - RM 230000 Sebenar - 100000

Therefore % Delay = 100% - (sebenar/rancang X 100)
= 100% - (100000/230000) X 100)
= -56.52% delay equal to ......days

Projek Sakit

Projek sakit di definasikan sebagai projek yang mengalami kelewatan sebanyak 20% atau 2 bulan. Oleh itu laporan menyelamat projek sakit perlu dibuat.

Sekiranya kelewatan melebihi 60 hari, notis penamatan kontraktor akan dikeluarkan. Pasukan pengawas juga perlu menyediakan laporan prestasi dan kemungkiran kontraktor untuk disyorkan kepada Pengarah Pembinaan.

Sekiranya kelewatan telah melebihi 90 hari, notis tujuan penamatan akan dikeluarkan dan selepas 2 minggu sekiranya tiada kemjuan notis penamatan akan dikeluarkan.

Nota :

Perkara di atas adalah berdasarkan pemahaman secara umum.

PENAMATAN KONTRAKTOR - Tindakan yang perlu di ambil- Highway

Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil apabila berlakunya penamatan kontrak terhadap kontraktor, dimana kerja gagal disiapkan. Di antaranya ialah :

a. Perlu dilakukan Joint Measurement dan Joint Survey diantara pihak client dan kontraktor terhadap kerja-kerja yang telah dilakukan. Ia bertujuan untuk mendapatkan final quantity setakat mana kerja yang telah dilakukan. Joint survey perlu dilakukan pada jarak 20m interval.
b. Kontraktor perlu menyediakan as built drawing dimana di dalam lukisan as built perlu dinyatakan seperti contoh :
- earthworks - perlu dinyatakan pre com level, design level and current or existing level. Jika terdapat overcut di kawasan cutting, perlu dinyatakan kawasan over cut berserta quantity.
- structure - tandakan setakat mana yang telah di buat dan lorekkan bahagian yang sudah di buat. Nyatakan level jika perlu.
- turfing
- IP, VIP dan Titik Kawalan perlu dinyatakan sekali.
c. Inventory
d. Store penyimpanan barang beserta pengawal keselamatan
e. Material on site - perlu clarify yang mana perlu disimpan atau perlu dipulangkan kepada kontraktor. perlu disediakan inventory beserta photo.
f. Semua NCR perlu ditutup.
g. Penyimpanan dokumen.
h. Perlu jelas mengenai item yang dibayar contohnya untuk kerja filing rate yang dikira adalah termasuk spread, grade, compact, trim and testing. Sekiranya kontraktor tidak melakukan kerja-kerja trimming ia perlulah dipotong. To come out percentage every item.
i. Item-item yang dibekalkan oleh kontraktor (yang terdapat dalam kontrak) perlu di pulangkan.